KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama 9 syarikat tempatan untuk mengukuh, mempromosi dan membentuk hubungan yang utuh di bawah Program Usaha Sama Vendor.
Program tersebut mampu memupuk sinergi untuk jangka masa panjang dan menggalakkan kerjasama antara UEM Sunrise dan syarikat yang terlibat dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan pembangunan produk.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, program tersebut memberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi mereka dalam jangka masa panjang sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko dalam kenaikan harga dan ketidaktentuan permintaan dan penawaran.
Katanya, UEM Sunrise akan terus memantau dan memperhalusi rancangan penetapan harganya berdasarkan beberapa elemen kos utama selain daripada harga bahan binaan, di samping ketidaktentuan pasaran
"Kami juga berharap agar dapat menambahbaik pengurusan kos dan memberi harga terbaik untuk pelanggan kami.
"Pada masa sama, syarikat berharap bahawa program usaha sama jangka panjang bersama vendor ini boleh menjadi penyelesaian dalam menangani peningkatan kos dalam pasaran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Syarikat terbabit termasuklah Guocera Sdn. Bhd., salah satu pengeluar dan pengeksport jubin terbesar di Malaysia; Bofi (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang menggabungkan pertukangan kayu dengan dapur mewah, kabinet bilk air dan almari pakaian dan Innocera Marketing Sdn. Bhd., syarikat perdagangan yang mempunyai pengkhususan dalam kelengkapan kebersihan.
Selain itu, Electrolux Malaysia Sdn. Bhd., syarikat terkemuka dalam peruncitan dan servis peralatan rumah; Cement Industries of Malaysia Bhd. (CIMA) salah satu syarikat pembekal bahan pembinaan terbesar di Malaysia yang menyediakan penyelesaian simen dan konkrit yang inovatif dan mampan serta Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., syarikat global untuk pengguna elektrik dan elektronik serta penyelesaian perniagaan turut terlibat di bawah program tersebut.
Turut terbabit, Signature Cabinet Sdn. Bhd., syarikat yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, pemasaran dan pengedaran sistem dapur, sistem almari pakaian dan peralatan dapur dalaman; Aurum Precast Sdn. Bhd., syarikat mengkhusus dalam produk konkrit pratuang untuk kegunaan projek awam dan projek bangunan dan Gamuda IBS Sdn. Bhd., pembekal penyelesaian IBS digital yang merupakan perintis dalam pengadaptasian IBS digital di Malaysia dengan kemudahan IBS digital pertama di negara. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jun 08 2022
Program tersebut mampu memupuk sinergi untuk jangka masa panjang dan menggalakkan kerjasama antara UEM Sunrise. - DagangNews
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
UEM Sunrise mampu jana keuntungan lebih baik dengan pembelian tanah lain - AmInvestment
Menurutnya, nisbah kos kepada GDV bagi tanah itu, iaitu 26%, adalah tidak menarik berbanding julat purata industri antara 15% dan 20%.
UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.
UEM Sunrise jalin kerjasama dengan 9 vendor tempatan, tangani kenaikan harga
Program tersebut mampu memupuk sinergi untuk jangka masa panjang dan menggalakkan kerjasama antara UEM Sunrise dan syarikat yang terlibat.
UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.
Pembatalan projek pusat perdagangan Asean bukan tidak yakin potensi Iskandar Malaysia
Keputusan UEM Sunrise untuk tidak meneruskan projek Pusat Perdagangan ASEAN di Iskandar Malaysia bukan kerana syarikat tersebut tidak yakin terhadap potensi besar wilayah ekonomi itu.